Cashflow is King
Salam semua,
Tadi saya baca blog MET pasal ambik PL untuk buat OD-ASB. Seronok baca entri terbaru dia.
Kadang-kadang bila menulis, kadang-kadang lupa orang yang membaca ni datang dari banyak jenis latar belakang. Kawan-kawan blog saya kebanyakannya dah cerita pasal hartanah, emas, ODASB, loan ASB, FCPO.. uiihh.. baru saya perasan yang saya belum cerita pasal benda basic.. iaitu cashflow.. Cashflow is king..
Masa baru grad, mula kerja, ada siapa ke bagitau anda semua nak buat apa? Pengalaman sayalah, masa mula-mula kerja dulu lah, dapat gaji, pastu tolak sewa rumah, bil air, bil api, duit makan, topup henfon, duit mak ayah sket2, pastu adalah duit sket. Dah beberapa bulan kerja, ayah suruh beli keta, beli je.. walaupun taktau nak buat apa dengan keta tu.. Rumah sewa dekat dengan ofis, housemate pun everyday tolong drive kan.. jadi memang tak tau nak buat apa dengan keta tu masa tu.. Budget memang tight la.. Dan saya memang strict ikut budget saya, sebab saya sedar diri tak senang sangat.. Jadi masa tu kalau ada orang nak pinjam duit ke.. memang kira geramlah rasanya.. Merasalah hidup susah tu.. Tapi alhamdulillah hujung bulan adalah saving tu sket2.. tapi nak buat apa dengan saving ni.. Last2 bila ujung bulan duit lebihan tu buat makan kat tempat best2 sket..sebab tak tau nak buat apa.. Kenny Rogers pun saya dah rasa special sangat.. Sushi King ke Marche ke Tony Romas ke out of scope la, mahal sangat saya rasa masa tu.. Tapi sayang.. masa ni saya tak faham lagi apa tu dividen apa tu ASB.. saya ada baca buku Azizi Ali, tapi tak terjangkau pemikiran macamana nak buat investment hartanah ni.. downpayment insyaAllah kalau diusahakan boleh kumpul.. tapi bab installment bulan2 tu yang takde idea..masa tu tak faham lagi tentang passive income.. Cuma bagusnya saya tak kenal la apa itu credit card apa tu interest..
Tapi macamana kecik pun gaji saya masa tu, alhamdulillah, bab duit, hati saya agak tenteram. Pasal saya tahu, hujung bulan, saya masih ada duit lebih. Kalau ada kecemasan, duit yang sket tu bolehla saya gunakan. Saya masih cukup makan. Masih boleh bayar duit sewa dan duit bil dan duit kereta. Saya tak tau apa maksud cashflow waktu tu, tapi alhamdulillah, cashflow saya waktu tu agak sihat, walaupun beza gaji dengan belanja tu sikit je. Oh, ini cashflow positif rupa-rupanya.
Ada orang, gaji lebih lebih 1 ribu dari saya. Tapi sakan nak meminjam. Nak bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit kad kredit. Duit itu duit ini. Kalau tak diberi, boleh berbalah. Macam kita yang berhutang duit dia. Siapa kata kalau gaji lebih hidup kita lagi senang? Kalau kita tengok sekeliling, ramai je orang, dulu, pangkat besar gaji besar, tapi bila berhenti je dari kerja dia tu, makan pun tak tentu ada, sewa rumah pun tak tentu bayar, duit kereta lagilah tah kemana. Anak-anak pun tak tentu makan tak tentu sekolah. Simpanan langsung takde? Betul ke orang kata bila besar periuk lagi besar keraknya? Saya enggan percaya kata-kata ni. Kalau kesenangan lah dicari, tapi takde ketenangan, nak buat apa ye? Bila saya dah banyak sikit membaca, baru saya tau cashflow ni cashflow sakit, income atau gaji tu kurang dari belanja. Oh rupa-rupanya ini cashflow negatif.
Dari cerita panjang-panjang ni, ada satu je saya nak simpulkan. Cashflow is King. Apa yang kita cari ialah cashflow positif. Kenapa cashflow tu King? Sebab cashflow nilah yang menentukan duit poket kita cukup ke tak untuk makan tiap-tiap hari (Secara hakikinya Allah lah yang menentukan). Inilah yang paling basic. Lebih basic dari simpanan.
Tak percaya? Beberapa soalan..
- Mahukah anda ada duit berkepuk tapi setiap hari anda hanya makan nasi dengan kicap tanpa lauk?
- Rumah berdozen dan emas berdinar2 tapi anak-anak tak pergi sekolah sebab tak cukup duit untuk isi minyak motor?
- ASB penuh dari overdraf dan loan ASB tapi tak mampu bayar?
- Aset berjuta tapi rumah kena sita?
Cashflow – patut menjadi satu persoalan utama sebelum anda mula – menyimpan, melabur, mengambil hutang, membayar hutang, menambah asset, membeli ‘mainan’, berbelanja, membina passive income dan side income, berniaga, hatta, memilih antara 2 kerja.
P.S: Macamana nak tau berapa income dan perbelanjaan anda? Gunalah kuasa pen – TULIS! Dan rajin-rajin pantau perbelanjaan anda.
P.P.S: Siapa-siapa yang belum membaca buku penulisan Robert Kiyosaki, sila-silalah rajinkan diri anda membaca buku beliau.
P.P.P.S: Pakdi dulu ada tulis e-book pasal cashflow. Rajin-rajinlah cari di blog beliau. Saya dah tak jumpa linknya.
Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan edisi 2
Dalam edisi sebelum ini, kita ada “tag” MET utk soalan rempit OD-ASB vs loan ASB.
Jawapan dia: Guna OD-ASB 30k, ambil loan 170k, dapat penuhkan ASB.. tapi masih ada cash on hand.. Macamana tu?
Nak maklumat lanjut.. sila pergi ke blog MET dalam entri Menggunakan OD Sebagai Platform.
Fayadh ada tanya soalan begini:
salam..sy amat tertarik dgn skil OD-ASB ni sjak beberapa bulan yg lalu..tetapi xboleh nk start lag psl x ckup cash lg..
insyallah target sy akn ad simpanan sbyk 19000+ pd akhir thn ini(termasuk plaburan di unitrust)..skrg sy dah wat asb loan sbyk 100k..monthly about 620.. simpanan di asb sbyk 6000 dan PM 5000(mmg xnk kuarkn da)… pendapatan bersih sy hanya dlm 900.. jd teknik od ni mampu ke mgurangkn bebanan loan asb n dlm ms yg sme tdak mgngu penambahn dividen dalam asb sy… sebab sy klu boleh nk archieve target ad smpanan sbyk 45k pd 2014 nti.. secara atas kertasnye mmg xde mslah klu sy hnye perlu spend dlm 200 lbih je tiap2 bulan dr gaji sy smpai lah 2014 nti tp memg mustahil lah..so saudara bleh bg x jln atau ape method utk sy capai target sy ni…segala tjuk ajar amat2 sy hargai
Rasa-rasanya fayadh boleh tak gunakan cara di atas? fayadh sila komen. (dan juga kawan-kawan lain di sini juga ye
)
P/S: Sedikit tips untuk dapat ilmu lebih.. jangan baca post saja.. baca komen sekali.. kalau sesiapa yang tak baca komen dalam edisi sebelum ni.. mesti tak perasan post yang MET letak.. rugi rugi..
Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni saya MC.. mata tak berapa OK.. ni dah kurang sikit.. tu pun masih berpinar-pinar
Kebetulan hari ni dapat call dari Kak Fi dan Abang Jumaat, kebetulan kedua-duanya bertanyakan OD-ASB sebagai alat menyimpan. Sebenarnya lagi bagus kalau dapat jumpa utk tanyakan soalan2 begini, sebab mesti ada benda tertinggal, kalau tak bersemuka ni. Takut jadi ajaran sesat pulak
. Akan tetapi, terima kasih kerana menelefon, dan silalah telefon lagi kalau ada soalan di masa hadapan.. Sebelum saya terangkan lebih lanjut, mari kita tengok apa it OD-ASB.
1. Apa itu OD ASB?
Secara pendek, OD ASB ni adalah hutang. Bezanya dengan loan-loan lain, loan ASB, contohnya, kita tidak perlu membayar amaun tetap pada setiap bulan. Maknanya, flexible la kita nak bayar berapa setiap bulan. Akan tetapi, seperti loan ASB, kita dapat dividen ASB dan interestnya juga rendah. Kalau loan lain macam personal loan atau CC, tak ada dividen dan interest tinggi.
Macamana ia berfungsi?
Ok, pada mulanya kita kenalah ada minima 11k dalam ASB. Tukarkan kepada sijil. Lepas tu kita pergi ke bank – RHB, CIMB atau Maybank. Masing-masing margin of finance dan interest berbeza. Yang ni saya tulis pendek je, sebab banyak blog lain dah tulis macamana proses nak apply OD ni.. kali ni mari kita focus apa yang penting untuk tajuk menyimpan dulu.
Katakan anda dah convert ASB anda ke sijil ASB RM30k.
Dan anda memilih bank CIMB, dengan MOF 90% dan interest -1.5% (ni andaian je, sila check dengan CIMB). Dan BLR 5.5%.
Jadi OD yang anda dapat 90% x RM30k = RM27k.
Anda akan diminta utk buka satu current account, dan wang RM27k ni akan dimasukkan dalam akaun anda. Kalau anda tak buat apa-apa dengan akaun ni, maka interest anda jadi kosong, sebab kira penggunaan anda kosong. Katakan anda keluarkan RM20k, maka interest anda akan dikira 5.5%-1.5% dari 20k.
Interest dari 20k = 5.5%-1.5% x 20k = 4% x 20,000 = 800
Maknanya interest anda ialah RM800 setahun.
Kalau anda keluarkan RM10k
Interest dari 10k = 4% x 10,000 = 400
Interest anda ialah RM400 setahun..
2. Soalannya, macamana ia boleh meningkatkan tabungan anda?
2.1. Ni salah satu cara, orang panggil cara ni cara rempit..
Ingat RM20k tadi, masukkan 2ok ni dalam ASB anda. Sekarang ASB anda ada RM50k.
Katakan dividen 7% setahun.
Dividen = 7% x RM50k = RM 3500
Melalui cara ni, keuntungan anda RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700. Nanti saya terangkan lebih lanjut pasal ni dalam tajuk kecil Membayar Balik.
Katakan anda keluarkan RM10k, cuba kira berapa dividen anda keuntungan anda.. Sila tulis kat ruangan komen kat bawah.
2.2. Cara sikit-sikit
Cara dia macam cara di atas.. cuma instead of letak balik sekali gedebuk dalam ASB, kita masukkan sikit2..
Ada satu contoh baik, mentioned dalam blog Pie – Maximumkan ASB dari Overdraft. Sila baca dan fahamkan, kalau ada soalan, boleh tanya aku atau Pie. Dalam blog Pie ni, banyak sangat mention pasal overdraf.. boleh baca-baca balik entri beliau..
2.3. Buat pelaburan, yang return lebih bagus dari ASB
Apa-apa pelaburan, kalau nak buat, rule of thumb dia mestilah lagi untung dari ASB. Generally 7% ke atas. Pasal apa.. pasal kalau kurang.. baik dump dalam ASB je.. tak pening kepala.. betul tak? Betull.. Hehe..
Ok, jom kita tengok, pelaburan hartanah. Katakan anda nak menyimpan, dan kalau boleh nak lagi laju dari simpanan ASB..
Katakan anda target rumah RM80k, katakan deposit anda RM8k.. Campur lawyer fee, baiki rumah, dan lain-lain RM7k.. Keseluruhan anda guna RM15k sebagai modal..Anda keluarkan RM15k ni dari akaun OD anda untuk setahun.
Maka interestnya,
Interest dari 15k = 4% x 15,000 = 600
Kita guna kes tadi, katakan ASB anda 30k. Dividen anda
7% x 30k =2100
Katakan rumah sewa anda pulak, setiap bulan profit RM200. Jadi setahun RM2400.
Melalui cara ni, keuntungan anda RM2100 + RM2400 – RM600 (Interest) = RM3900 untuk setahun.
Ada banyak pilihan untuk pelaburan ni, emas ke cpo ke forex ke saham ke.. Anda kira dulu.. sebelum decide nak terjebak dengan yang mana..
3. OD-ASB ke Loan ASB?
Ok, anda dah tau macamana pengiraannya, kini anda nak tau mana lagi untung dari dua ni? Dulu saya pernah baca posting forum dari MET, yang mengatakan lagi untung buat loan ASB dari OD-ASB. Jom kita mintak dia buat entri pasal ni.. (ni ala-ala tag blog orang lain la.. tapi ni tag ilmu.. hehe)
4. Membayar Balik
Ok, memandangkan OD ni pun sejenis hutang, wajiblah kita membayar balik. Bukan setakat interest, tapi principle nya sekali ye. Ada dua cara nak bayar:
4.1. Guna dividen
Ingat pengiraan kat point 2.1 di atas?
RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700
Ok dalam ni, RM800 kita dah guna untuk bayar interest. RM2700 lagi kita boleh guna untuk bayar principle sekali. Kalau macam ni.. hutang anda dah dikurangkan menjadi
RM20,000-RM2700 = RM17,300.
Jadi tahun depannya.. interest anda akan dikira 4% dari RM17,300.
Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan membayar hutang lagi cepat. Consnya, anda tak dapat compounding dividen dari ASB, selama mana anda masih berhutang.
4.2. Bayar dari sumber lain
Dari pengiraan di atas, kita tau kita perlukan RM800 untuk servis interest. Jadi kalau kita nak servis principle, kita kena bayar lebih dari tu.Katakan anda bercadang nak settlekan OD tu dalam masa 5 tahun.
Untuk senang kira, kita guna formula senang jelah:
RM20k / 5 tahun = RM4000 setahun
Oleh kerana kita kena servis interest, maka setahun kita kena bayar RM4800 (RM4000+RM800)
Sebulan bayar RM4800 / 12 = RM400.
Ni pengiraan simple, sebenarnya pengiraan dia lagi complex dari ni. Kalau nak detail projection, boleh guna tool EDT OD Tracker yang telah disediakan.
Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan dapat compounding dividen lagi tu. Consnya, anda kena cari source lain utk servis od anda.
Ada beberapa benda lagi yang Kak Fi dan Abang Jumaat utarakan, tapi entri ni dah terlalu panjang. Mungkin hari lain kita boleh cerita lagi.
Diharap dapat membantu.
