Bestnya hari-hari orang bagi duit..
Statement 1: Bestnya hari-hari orang bagi duit..
Statement 2: Bestnya (kalau) hari-hari orang bagi duit..
Anda orang yang mana? Pernah ke terdetik Statement 1 kat hati anda? Ke cuma Statement 2 tu terdetik kat hati anda?
Saya percaya siapa-siapa yang baca blog ni kesedaran kewangannya tinggi. Dan saya percaya anda membuat kira-kira keluar masuk keluar wang setiap hari. Kalau kita bekerja saja, tanpa pendapatan sampingan, wang masuknya sekali je setiap bulan.. tapi wang keluarnya hampir setiap hari!! Saya pernah tanya kawan saya pasal hal ni.. dia jawab.. “Tapi kan yang masuk tu jauh lebih banyak dari yang keluar”.. Benar.. Tapi kalau anda menulis buku 555 setiap hari.. bukankah buku anda akan kelihatan.. mmhh.. condong.. tidak stabil.. Kalau guna dacing pun mesti dah senget sebelah..
Masa jualan face mask saya tengah rancak hari tu.. ooh bestnya.. hari2 ada orang bagi duit.. Bestnya.. saya rasa pakcik makcik dan kakak abang yang jual kat pasar malam dan restoren2 mesti dapat perasaan ni hari-hari.. Secara konsisten..365 hari dalam setahun! Lagi-lagi bila kita fikir rezeki tu kita cari dengan cara yang HALAL dan ATAS USAHA SENDIRI. Ada siapa nak rasa atau dah rasa perasaan ni.. Sila angkat tangan!
Jadi sapa-sapa yang berazam nak jadi kaya.. Cubalah tambahkan pendapatan anda.. Dari satu pendapatan.. yakni gaji.. ke 2/3 pendapatan.. mungkin dari sewa rumah, jual barang, jadi agent..Dari gaji bulanan je.. Jom cuba ‘cipta’ ‘gaji mingguan’.. lepas tu ‘gaji harian’.. Hujung tahun pulak dapat ‘gaji tahunan’ yakni dividen ASB anda atau lain2..
Mari-mari.. cari orang yang mau bagi anda duit hari-hari! Hari ni dah seminggu tahun 2010.. jangan berazam je.. BUAT SEGERA! Jangan suka bercakap dan membaca je.. Tinggalkan blog ni (dan blog-blog lain) seketika.. Dan cari barang yang anda boleh jual hari ni juga!
P/S: Sapa-sapa yang nak beli facemask.. stok ada lagi.. boleh hubungi Wida di 016-3412158! Sapa-sapa yang nak beli barangan Sarawak.. kek lapis Sarawak.. tikar Sarawak.. saprah2 meja pun boleh hubungi Wida di sini! (Belum survey lagi.. tapi bolehlah Wida tolong-tolongkan)..
Apa yang anda belajar dari 2009? Dan cerita 2010!
Salam semua pembaca budiman EmasdanTanah.com!
Dah 5 hari kita masuk tahun baru 2010! Dan sudah 19 hari kita dalam tahun 1931 Hijrah. Semoga tahun baru ni membawa kita lebih semangat dan keazaman untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan dan keberkatan hendaknya.. InsyaAllah.
Alhamdulillah.. ada beberapa KPI saya tahun lepas ada yang tercapai.. ada yang belum.. ada yang banyak kena usaha lagi.. Bila kita lihat balik KPI ni, ada yang patut kita ulangi, ada yang patut kita ubah strategi, ada yang patut kita usaha kuat lagi.. Hanya diri sendiri dapat menilai dan semoga kita pelajari dari pengalaman kita yang lepas ni..
Sejak saya pindah ke Miri.. aktiviti pelaburan saya.. Saya buat senyap2 je.. Adalah beberapa benda buat.. tp malas nak bising2.. Takde bertambah pun property.. Cuma dulu yang belum operate.. sekarang dah operate..Property yang memang dah sedia operate tu.. dah dalam maintenance mode.. Ada jugak rumah yang tenant dah keluar.. Menarik sket kat sini nak cerita.. ialah pasal kebaikan ambik deposit 2 bulan. Masa 1 Disember tu.. saya mintak tenant bayar sewa.. tp dia mintak delay.. 5hb.. Saya kata ok.. So bila 5hb.. dia kata dia dah takleh bayar.. so dia nak keluar.. So dia mintak balik deposit.. Jadi jawapan saya macam ni.. Satu bulan tu.. adalah untuk bayar sewa bulan Disember.. dan satu bulan lagi.. adalah penalty.. menurut apa yang terkandung dalam TA..
Apa yang menarik lagi.. dari aktiviti2 pelaburan ni.. baru saya sedar betapa pentingnya networking.. Dari sharing ilmu.. sharing pendapat… Paling best bila ada geng yang ada property di kawasan yang sama.. Boleh belajar apa problem.. apa bagusnya sesebuah property tu.. Cerita pasal loan lagi.. Lagi best bila saya jauh ni, boleh mintak tolong kwn2 serviskan rumah apa2 yang patut.. Dan lagi lagi best kalau dapat share peluang.. JV.. Kiranya kalau kita buat sorang2 kemampuan kita terhad.. tp dengan adanya kawan-kawan.. network.. macam2 kita peluang baru kita boleh buka.. boleh teroka.. maka kita makin boleh berkembang.. dan berkembang…
Cerita pasal Miri sket.. saya dapati.. harga property kat sini dah makin mahal berbanding masa dulu saya di sini.. Banyak property baru naik.. especially landed.. Kedai2 pun makin naik.. Bintang – shopping complex no 1 kat sini pun dari 1 wing dah jadi 2 wing.. Ikut perancangan.. Tesco pun akan buka di sini InsyaAllah.. Sabtu lepas, saya tersesat masa nak cari makan kat satu kedai makan nama Bilal.. jalan2.. termasuk area kawasan perumahan yang tengah bina.. dan kawasan2 perumahan baru.. Masa tu rasa.. rindunya nak survey2 rumah.. Kalau ada masa, insyaAllah.. boleh la dilaksanakan..
Tadi, borak-borak dengan kawan2 yang dah senior di sini.. Ada projek2 perumahan ni.. developernya adalah pekerja kat company saya kerja sekarang.. Ada satu projek shopping complex, self-funded, owner dia kerja kat Aussie dulu.. cukup duit, buat projek shopping complex.. Ada yang projek macam pasar je.. satu tingkat – kedai kecik2 n tempat orang jual barangan kampung.. Tapi bulan2 owner tu kutip duit.. mmh.. masyukk.. Menarik kan.. Siapa kata kalau kita jadi pekerja.. kita akan jadi pekerja selama-lamanya.. Kalau kita ada kemahuan dan usaha.. InsyaAllah, kita boleh keluar dari kepompong dan kitaran sekarang, dan keluar ke kitaran yang lebih baik.
Jadi di sini, serba sedikit yang saya belajar dari 2009.. dan sedikit cerita sebagai motivasi untuk tahun 2010 ni..
Sedikit nasihat.. Tahun 2010 ni jadikan tahun di mana anda tidak takut untuk bertindak.. Jadikan 2010 ni tahun yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, dan sesiapa yang anda kehendaki.. InsyaAllah.. Semoga terus berjaya dan berjaya!
P/S: Saya ada sebuah unit Cyberia untuk disewa.. Available sekarang.. Fully furnish.. RM1800.. Jangan malu2.. hubungi Wida 016-3412158. Sila cepat sementara stok masih ada.
Salam Maal Hijrah 1431H!
Assalamualaikum pada pembaca budiman sekalian.. Minta maaf dah sebulan tak menulis..
Banyak je benda yang jadi di KL.. tapi saja je tak nak cerita dulu. Di Miri, takde apa sangat pun yang jadi, tapi saya dah terjumpa 2 kawan yang minat acara rumah lelong. Tak sempat lagi buat TT dengan GBuddy dan CD.. sorrylah.. asyik tak sama je jadual.. Nanti kita janji2 lagi..
Petang ni masuk tahun baru 1431H.. Sebagai penutup dah muhasabah ke samada apa yang kita patut buat, kita dah buat ke belum. Apa yang kita belajar pada tahun ni. Sama-sama kita doakan kebaikan pada tahun hadapan dan memohon keampunan untuk dosa-dosa kita tahun ini dan sebelum-sebelumnya.
Amin ya rabbal ‘alamin.
(Baca 3x selepas solat Asar atau penghujung waktu Asar)
(Baca 3x selepas solat Maghrib).
Sudah di Miri! Selamat tinggal Kuala Lumpur..
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Alhamdulillah 2 hari lepas dah sampai ke Miri.. tengok-tengok cepat jugak perubahan kat sini.. padahal baru tinggalkan Miri setahun lebih je.
Masa last day kat ofis Jumaat lepas tu ada la rasa sedih sket. Tapi sayang tak dapat jumpa kawan-kawan pasal ramai yang outstation. Lambat gak balik.. kemas.. banyak gak barang.. nampak macam sket je.. Sabtu tu pulak, tunggu shipper amik keta.. Janji pukul 2.. Tapi pukul 3 lebih baru datang.. kul 4 baru settle. Lepas tu keluar jalan-jalan, tengok movie untuk kali terakhir sebelum pindah Miri. Ahad naik flight.. Peruzz pun ada kat KLIA.. tp xdpt nak jumpa pasal Peruzz kata “tak mau kacau”.. haha..lawaks.. Dah masuk ruang menunggu pun tak sempat.. pasal flight masuk awal..
Masa menulis ni, dapat berita sepupu saya, Hazirah bt. Abdul Rahman, tengah kritikal kerana jangkitan kuman di Jerman. Pakcik pun dah ada sana. Minta jasa baik pada sesiapa yang mengenali dan juga kawan-kawan di sini mendoakan kesihatan Zira.
Cut short entri kali ni. Cuma nak mengingatkan diri dan kawan-kawan di sini untuk ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satu nya.. sihat sebelum sakit.. Sebab kita tak tau bila kita akan sakit.. hatta masa muda pun..
Terima kasih..
Bajet 2010
Salam semua.. bajet 2010 dah keluar.. dengan tema “1 Malaysia, Kemakmuran Bersama”.
Jom kita tengok apa yang menarik untuk kita sebagai pelabur tahun ni. Sebelum tu, untuk ucapan penuh, boleh pergi ke link ni http://utusan.com.my/utusan/specialcoverage/BAJET2010/bajet2010.pdf
1. Merancakkan aktiviti pelancongan seperti peningkatan kemudahan homestay. Menggunakan internet untuk promosi aktiviti pelancongan negara. Antara produk Pesta Air Nasional, Rain Forest Eco Challenges.
2. Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
3. Mempergiat industri halal
4. Sektor pertanian – akuakultur, tanaman makanan, tanaman organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit dan ternakan
5. Memperkasa perusahaan kecil dan sederhana – Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya. Banyak point on this.. sila baca laporan penuh untuk maklumat lanjut..
6. Mencergaskan pasaran saham
7. Memajukan lagi sistem kewangan Islam
8.Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
9. Pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya. Kat point ni ada diterangkan apa future development, sila rujuk ucapan penuh.
10. GST pada peringkat akhir kajian.
11. Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010. Walau bagaimanapun, pengecualian cukai sedia ada dikekalkan seperti pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu. Pengecualian cukai juga diberi ke atas pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat.
(Wow.. reintroduction of RPGT?)
12. Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.
13. Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.
14. Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
15. Bantuan kewangan untuk projek perumahan yang terbengkalai.
16. Pengenalan skim bagi membolehkan pencarun KWSP menggunakan simpanan sedia ada dan mengambil kira simmpanan masa depan Akaun 2. Ini bertujuan untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih bagi membolehkan mereka membeli rumah yang bernilai lebih tinggi atau membeli rumah tambahan. Skim ini meningkatkan daya pembelian dan terhad pada pembelian satu rumah pada satu masa serta tertakluk kepada syarat-syarat KWSP. Akan dilancarkan pada Januari 2010.
17. Sukuk 1Malaysia
18. Skim Persaraan 1Malaysia
19. Pembangunan Hartanah Wakaf
20. Menambah baik pengangkutan awam
21. Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
Di sini saya highlightkan apa yang saya rasa penting sebagai pelabur dan juga untuk monthly cashflow kita. Yang saya bold di atas pula berkaitan tentang hartanah dan tax dan yang saya find quite mmh memeranjatkan. Banyak juga saya tak sebut di sini, contoh pasal keselamatan, kesihatan, pendidikan awal.. Semua ni boleh didapati di ucapan penuh seperti link di atas. Semoga ringkasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merencana keluar masuk wang anda sebagai individu dan sebagai pelabur.
Selamat berjaya!
Kisah bulan Syawal
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Emas dan Tanah.
Selamat menyambut bulan Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, dan semoga sempatlah bagi sesiapa yang belum habis berpuasa enam untuk menghabiskannya. InsyaAllah.
Mintak maaf kerana lama tidak menulis. Takdelah bz sangat, sekarang ni cuma banyak habiskan masa dengan keluarga sebelum dijangka berpindah pada bulan 11 ni. Banyak hal keluarga 2 3 menjak ni, dengan ibubapa yang nak ke Mekah dan adik yang telah berpindah. Weekend pula menziarah saudara-mara lebih-lebih lagi yang tua. Seronok dapat melawat yang tua-tua macam atuk-atuk sedara, sebab 2/3 tahun jugak tak dapat menziarah mereka atas tuntutan kerja.
Dalam satu ziarah, dapat saya berborak dengan salah seorang sepupu saya. Sekarang ni dia bekerja dengan pak cik saudaranya (belah lagi satu). Yang menarik pasal pakcik sepupu saya ni, dia dah jutawan. Expenses bulan-bulan satu keluarga sampai berbelas ribu, rumah, kereta dah habis bayar. Dah 2 tahun tak kerja, tapi relax je.. mungkin pasal duit dah bertimbun. Isteri ada 2. Cuba bayangkan satu isteri belanja bulanan berbelas ribu.. kalau 2?
Jadi saya tanya apa sebenarnya pakcik dia buat ni. Rupanya pakcik dia dulu kerja dengan DO office. Tapi sampai satu tahap, pakcik dia berhenti dan jadi certified land consultant. Cerita je lah pasal ambil alih tanah, dia tau luar dalam. Tanah mana yang tak ada tuan tanah. Tanah mana yang boleh dipohon. Sama juga dengan rumah. Kalau dia tengok ada rumah, dia boleh cari owner dia. Selain dia consult kerajaan dalam urusan ambil alih tanah, dia juga ada buat jual-jual tanah ni. Menarik kan?
Jadi saya just pesan pada sepupu saya tu, belajar la segala-galanya yang boleh dari pakcik tu. Bukan semua orang dapat peluang macam tu.
Seronok kan dengar cerita macam tu. Semoga ia menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita terus berjaya dan berjaya.
Kisah kunci yang hilang
Dah lama nak post pasal ni.. tapi dok delay sebab nak cari ayat paling halus.. paling bagus supaya orang tak terasa.
Tapi ingat saya plan nak jual rumah AB saya? Atas sebab tertentu, tak dapat dijual. Alhamdulillah sekarang rumah ni telah disewa.. walaupun bukan positif.. tapi alhamdulillah.. siapa yang nak tolong bayarkan kan..
Sebelum abortion penjualan tu, pembeli nak pinjam kunci untuk buat valuation. Sekali bila pulangkan kunci, alamak.. tak cukup. Bila tanya lawyer.. dia kata dia cuma terima 3 anak kunci je.. padahal sebelumnya ada 4. Kalau ikut legal, bila benda ni berlaku, memang leceh la.. kena buat laporan polis la.. kena tukar kunci atau mintak pampasan la..
Jadi kesimpulannya, kalau anda tak berapa kenal buyer anda, pastikan segala urusan peminjaman kunci ni melalui lawyer. Semuanya documented. Dalam surat undertaking bagi pinjam tu nyatakan berapa anak kunci bagi pinjam, clause kalau hilang berapa penalty.. bagitau awal2 supaya kalau benda macam ni terjadi anda bukanlah dkt losing end. Kalau anda pulak yang jadi buyer, pastikan amanah, ni beli rumah – bukan hal main2.. ni business puluh2/ratus ribu punya.. pastikan anda dapat kunci tu berapa.. pulangkan banyak mana anda dapat juga..
Dari kisah ni pun saya belajar we can’t expect people to be like they should be. Kalau kita takut nak pegang kunci rumah orang.. orang lain mungkin main2 je pegang kunci rumah orang. Jadi apa2 hal bincang elok2, bgtau upfront, document kan apa yang patut document.. Semoga kesilapan kita bukannya menjadi batu penghalang untuk terus berjaya, tapi menjadi sesuatu yang dapat kita pelajari, untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.. InsyaAllah..
Tolong nasihat
Masih ingat posting saya?.. Anda menguasai duit anda?
Setelah kawan ini diberitahu pasal AKPK.. tentang AKPK boleh force bank2 ambik settlement dengan interest rendah (lebih rendah dari interest credit card for sure).. jawabnya.. “Mana ada masa nak pergi sana” … aduh.. sedih.. kita kasihankan dia.. tapi dia tak kasihankan diri sendiri..
Tolonglah.. tolonglah nasihat saya macamana untuk saya nasihatkan kawan saya ini…
Back to basic
Post ni adalah ingatan kepada diri sendiri yang harapnya dpt memanfaatkan orang lain. Banyak kali juga sy jumpa search key “Macamana nak kaya” sampai kat blog ni. Konsep2 nak kaya ni basic je.. tapi powerful..
1. Be truthful to yourself.. Kita kena ambik masa utk assess dan reassess diri kita.. Orang putih kata eagle-eye view..orang arab kata muhasabah..assess di mana finance position kita..gaji kita cukup ke.. Hutang kita banyak ke.. Hutang kita hutang baik ke hutang jahat ke.. Lepas tu tulis bajet kita sebulan..setahun.. 10 tahun.. Monitor your expenses.. List down hutang2.. dan aspek lain ttg financial anda..yang penting..be truthful
2.Know where are you going and what you want to and how fast you want to be there.. Ok anda nak kaya..tp nak kaya mcmn..nak tambah pendapatan? Nak kurangkn expenses?nak tambah saving? 3 perkara ni banyak membantu..tp keyword yg penting adalah..cashflow..apa yang anda dapat tu adakah lebih dr yg anda belanja? Yang paling best..sejak zaman Robert Kiyosaki ni.. Adakah Passive income anda lebih atau sama dengan perbelanjaan anda? Saya belum lagi.. Tapi sy menuju ke situ..
3. Gerak & grow.. Bila dah ada masterplan..resource dah ada..apa lagi..geraklah!! Dalam masa kita bgerak ni memang akan byk kesilapan kita jumpa..tp dari sini kita belajar. Kuatkan diri dan tabahlah hadapi cabaran dan jgn Bukan senang nak senang ye. Pastu bila dah tera..boleh start buat benda lain..
4. Jangan putus asa dan jangan hilang sifat bersyukur.. Yup ini adalah SANGAT SANGAT penting.. apa yang membezakan seseorang berjaya atau tak.. adalah daya tahan menghadapi ups and down perniagaan/pelaburannya.. contohnya.. cuba baca blog2 kawan2 dan blog saya ni.. berapa banyak masalah yang dah dihadapi tapi still keep on going.. dan jangan hilang sifat bersyukur.. supaya kita ingat untuk tunduk dan lebih tunduk pada Allah bila kita berjaya dan semakin berjaya.. semoga kita tak jadi orang-orang yang lupa..
Okes sampai sini saja.. Selamat Berjaya.. Adios!!!
Anda menguasai duit anda?
Mari saya bercerita tentang seorang teman. Masaalahnya.. hutang.. kad kredit. Masaalah klasik muda-mudi zaman kini..
Dulu-dulu pun dia dah ada masalah yg sama. Sebelum court order, alhamdulillah emaknya dah membantu. Bertahun lepas tu, dia xguna kad kredit.. mungkin lepas rekodnya cantik balik.. bank bagi semula kad kredit.
Kali ni..kisah klasik terjadi lagi. Cuma bezanya.. maknye dah tak sesenang dulu.. Court order jalan.. masa proceeding.. tak pergi.. mungkin taknak ambik tahu.. mungkin tak tahu..entahlah..Kesimpulannya, duit, telah mengambil seluruh hidup dia menjadi sesak dan bermasaalah..
Sayangkan..klu awal-awal dia ambik berat..dia boleh convertkan hutang cc ke personal loan..bulan-bulan servis interest lagi rendah. Takpun boleh pergi ke AKPK.. Reschedule loan..
Jadi..pada siapa di luar sana yg ada masalah kewangan.. Cuba buat kajian alternatif yg ada utk menyelamatkan diri anda sendiri. Teringat kata-kata Azizi Ali, bilamana dia mula berhenti menyalahkan orang lain dan mula bertanggung jawab,barulah masalah2nya dulu selesai,dan kini dia adalah coach jutawan nombor satu di Malaysia. Walaupun duit mampu membantu dalam mencapai sesuatu..ia juga mampu menjatuhkan anda – tak kira anda lelaki, perempuan, baik, jahat, kaya miskin.
Jadi yang penting..tanyalah pada diri sendiri..anda menguasai duit anda atau sebaliknya? Pilihan di tangan anda..



