Baru balik dari bercuti

February 22, 2010 · Posted in Uncategorized · 6 Comments 

Assalamualaikum.. pada pembaca-pembaca budiman.. minta maaf sebab tak reply/update blog..

Saya baru balik dari bercuti.. seminggu.. ooh memang best rasa sekarang.. rasa segar.. nak berlari je rasa.. semasa cuti.. saya baca blog orang dan komen sket2 je.. apa yang saya boleh buat dari henfon saje..

Nanti saya akan jawab.. terima kasih atas sokongan anda semua..

Update: Semua komen telah saya jawab.. sila check entri berkenaan..

Grill rumah AB

September 10, 2009 · Posted in Uncategorized · 7 Comments 

Ahad lepas saya dah pi tengok grill belakang rumah AB yang baru dipasang.  RM1200 untuk rumah lebar 24 kaki. Harga macam OK.

Simple je kan. Tapi saya suka.

Kisah lelong bulan Ramadhan

September 6, 2009 · Posted in Uncategorized · 5 Comments 

Salam semua.. Salam Ramadhan ke 16..

Hari Jumaat lepas saya ada lah masuk auction dengan rakan JV saya. Area hot. Selalunya susah nak dapat. Sekali apa yang saya rasa, betul – gagal.

Sebab dah gagal, saya proceed masuk auction hari Sabtu. Malam tu survey2 sket..

Cat rumah buruk.. tp touch-up sket guarantee cantik. Takde orang duduk.. Tengok bil letrik pun dah takde reading sejak 2008.

nidia

Area tu best la.. security best.. parking OK.. dekat dengan masjid.. dekat dengan tempat makan.. Memang suka la sebab area ni pun rumah 1st yang saya bid dekat2 dengan rumah parents..

Hari Sabtu tu tunggu-tunggu result. Sekali Faris kata tak dapat. 2 bidder.. kalah by 1k.. :(

Takde rezeki lagi bulan Ramadhan ni. Saya doa2 lah agar diberikan ilham rumah mana lagi boleh bid lepas ni. Amin.

EmasdanTanah.com dilancarkan! Dapatkan freebies – OD Tracker anda di sini!

August 8, 2009 · Posted in Uncategorized · 17 Comments 

Dengan lafaz Bismillah..

Seperti yang dijanjikan..

EmasdanTanah.com telah dilancarkan!

Sebagai cenderahati di atas sokongan anda – dapatkan freebies – OD Tracker seperti di bawah!

http://www.emasdantanah.com/odtracker/odtracker.html

Semoga kita sama-sama mengorak langkah untuk lebih maju dan maju. Semoga diperkenankan oleh Allah hendaknya. InsyaAllah!!

Selamat datang ke Emas dan Tanah @ wordpress.com

July 27, 2008 · Posted in Uncategorized · Comment 

Assalamualaikum dan selamat datang ke Emas dan Tanah @ wordpress.com!

Semoga anda dapati blog ini mampu memberi sedikit ilmu, dan menjadi cita-cita saya untuk mendapat sedikit ilmu dari anda melalui blog ini juga.

Ada sebab mengapa saya memilih emas dan tanah/hartanah sebagai instrumen pelaburan.

Sila ikuti blog ini, dan saya akan memberitahu mengapa saya memilih dua instrumen ini.

Jadi.. “stay tune”.. dan berjumpa anda di lembaran akan datang..

Wassalam

Sampai berjumpa lagi,

Wida