Apa lagi yang anda perlu tahu tentang Ar-Rahnu
Salam semua..
Saya berpeluang untuk ikut kenalan saya untuk meng-Ar-Rahnu kan emas-emasnya. Mengikut pegawai Bank Rakyat, ada 2 jenis pajak gadai di situ, iaitu Ar-Rahnu dan Az-Zahab. Ar-Rahnu ni untuk nilai kurang dari RM10,000 dan Az-Zahab lebih dari RM10,000.
Benda-benda basic yang kena tahu tentang Ar-Rahnu..
(Rujuk: http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu)
1. Loan amount 65% dari nilai keseluruhan emas
2. Upah simpan 75 sen bagi setiap 100 gram u
3. Maximum RM100,000 dan minimum RM100 (Ini menurut pegawai bank tersebut – berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam website Bank Rakyat).
4. Tempoh – 6 bulan maksima.
Dalam website Bank Rakyat dan blog-blog emas lain, banyak yang membincangkan tentang Ar-Rahnu ni dengan lebih lanjut. Tapi dalam entri kali ni saya nak memberitahu benda-benda tambahan yang mungkin anda tak ketahui sebelum ni..
1. Bank Rakyat biasanya beri nilai lebih rendah dari pajak gadai biasa. Contohnya.. kalau barang kemas tu 916k, tapi melalui timbangan dan ukuran isipadu berbeza.. deorg mungkin ambilnya sebagai 835k. Ini terjadi maybe pasal design barang kemas tu.. contoh berlubang/berlohong/berongga.. Jadi harga pajakan pun akan berbeza ikut timbangan/karat yang Bank ambil.
2. Barang kemas berbatu tak diterima.
3. Untuk barang-barang kemas yang hollow (berlohong/berongga), satu hari maksima hanya akan dinilaikan sehingga RM5000 sahaja. Kiranya kalau nilai barang kemas anda tu Rm6000, Bank tak kira lagi RM1000 tu. Rugi sikit di sini, sebab pajakan yang anda dapat tak bertambah, tapi upah simpan bertambah.
4. Pembayaran kepada anda boleh dibuat melalui cash, cheque atau IGB (bank-in terus) ke akaun bank anda.
Semoga dapat membantu. Selamat berjaya!
