Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan edisi 2
Dalam edisi sebelum ini, kita ada “tag” MET utk soalan rempit OD-ASB vs loan ASB.
Jawapan dia: Guna OD-ASB 30k, ambil loan 170k, dapat penuhkan ASB.. tapi masih ada cash on hand.. Macamana tu?
Nak maklumat lanjut.. sila pergi ke blog MET dalam entri Menggunakan OD Sebagai Platform.
Fayadh ada tanya soalan begini:
salam..sy amat tertarik dgn skil OD-ASB ni sjak beberapa bulan yg lalu..tetapi xboleh nk start lag psl x ckup cash lg..
insyallah target sy akn ad simpanan sbyk 19000+ pd akhir thn ini(termasuk plaburan di unitrust)..skrg sy dah wat asb loan sbyk 100k..monthly about 620.. simpanan di asb sbyk 6000 dan PM 5000(mmg xnk kuarkn da)… pendapatan bersih sy hanya dlm 900.. jd teknik od ni mampu ke mgurangkn bebanan loan asb n dlm ms yg sme tdak mgngu penambahn dividen dalam asb sy… sebab sy klu boleh nk archieve target ad smpanan sbyk 45k pd 2014 nti.. secara atas kertasnye mmg xde mslah klu sy hnye perlu spend dlm 200 lbih je tiap2 bulan dr gaji sy smpai lah 2014 nti tp memg mustahil lah..so saudara bleh bg x jln atau ape method utk sy capai target sy ni…segala tjuk ajar amat2 sy hargai
Rasa-rasanya fayadh boleh tak gunakan cara di atas? fayadh sila komen. (dan juga kawan-kawan lain di sini juga ye
)
P/S: Sedikit tips untuk dapat ilmu lebih.. jangan baca post saja.. baca komen sekali.. kalau sesiapa yang tak baca komen dalam edisi sebelum ni.. mesti tak perasan post yang MET letak.. rugi rugi..
Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni saya MC.. mata tak berapa OK.. ni dah kurang sikit.. tu pun masih berpinar-pinar
Kebetulan hari ni dapat call dari Kak Fi dan Abang Jumaat, kebetulan kedua-duanya bertanyakan OD-ASB sebagai alat menyimpan. Sebenarnya lagi bagus kalau dapat jumpa utk tanyakan soalan2 begini, sebab mesti ada benda tertinggal, kalau tak bersemuka ni. Takut jadi ajaran sesat pulak
. Akan tetapi, terima kasih kerana menelefon, dan silalah telefon lagi kalau ada soalan di masa hadapan.. Sebelum saya terangkan lebih lanjut, mari kita tengok apa it OD-ASB.
1. Apa itu OD ASB?
Secara pendek, OD ASB ni adalah hutang. Bezanya dengan loan-loan lain, loan ASB, contohnya, kita tidak perlu membayar amaun tetap pada setiap bulan. Maknanya, flexible la kita nak bayar berapa setiap bulan. Akan tetapi, seperti loan ASB, kita dapat dividen ASB dan interestnya juga rendah. Kalau loan lain macam personal loan atau CC, tak ada dividen dan interest tinggi.
Macamana ia berfungsi?
Ok, pada mulanya kita kenalah ada minima 11k dalam ASB. Tukarkan kepada sijil. Lepas tu kita pergi ke bank – RHB, CIMB atau Maybank. Masing-masing margin of finance dan interest berbeza. Yang ni saya tulis pendek je, sebab banyak blog lain dah tulis macamana proses nak apply OD ni.. kali ni mari kita focus apa yang penting untuk tajuk menyimpan dulu.
Katakan anda dah convert ASB anda ke sijil ASB RM30k.
Dan anda memilih bank CIMB, dengan MOF 90% dan interest -1.5% (ni andaian je, sila check dengan CIMB). Dan BLR 5.5%.
Jadi OD yang anda dapat 90% x RM30k = RM27k.
Anda akan diminta utk buka satu current account, dan wang RM27k ni akan dimasukkan dalam akaun anda. Kalau anda tak buat apa-apa dengan akaun ni, maka interest anda jadi kosong, sebab kira penggunaan anda kosong. Katakan anda keluarkan RM20k, maka interest anda akan dikira 5.5%-1.5% dari 20k.
Interest dari 20k = 5.5%-1.5% x 20k = 4% x 20,000 = 800
Maknanya interest anda ialah RM800 setahun.
Kalau anda keluarkan RM10k
Interest dari 10k = 4% x 10,000 = 400
Interest anda ialah RM400 setahun..
2. Soalannya, macamana ia boleh meningkatkan tabungan anda?
2.1. Ni salah satu cara, orang panggil cara ni cara rempit..
Ingat RM20k tadi, masukkan 2ok ni dalam ASB anda. Sekarang ASB anda ada RM50k.
Katakan dividen 7% setahun.
Dividen = 7% x RM50k = RM 3500
Melalui cara ni, keuntungan anda RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700. Nanti saya terangkan lebih lanjut pasal ni dalam tajuk kecil Membayar Balik.
Katakan anda keluarkan RM10k, cuba kira berapa dividen anda keuntungan anda.. Sila tulis kat ruangan komen kat bawah.
2.2. Cara sikit-sikit
Cara dia macam cara di atas.. cuma instead of letak balik sekali gedebuk dalam ASB, kita masukkan sikit2..
Ada satu contoh baik, mentioned dalam blog Pie – Maximumkan ASB dari Overdraft. Sila baca dan fahamkan, kalau ada soalan, boleh tanya aku atau Pie. Dalam blog Pie ni, banyak sangat mention pasal overdraf.. boleh baca-baca balik entri beliau..
2.3. Buat pelaburan, yang return lebih bagus dari ASB
Apa-apa pelaburan, kalau nak buat, rule of thumb dia mestilah lagi untung dari ASB. Generally 7% ke atas. Pasal apa.. pasal kalau kurang.. baik dump dalam ASB je.. tak pening kepala.. betul tak? Betull.. Hehe..
Ok, jom kita tengok, pelaburan hartanah. Katakan anda nak menyimpan, dan kalau boleh nak lagi laju dari simpanan ASB..
Katakan anda target rumah RM80k, katakan deposit anda RM8k.. Campur lawyer fee, baiki rumah, dan lain-lain RM7k.. Keseluruhan anda guna RM15k sebagai modal..Anda keluarkan RM15k ni dari akaun OD anda untuk setahun.
Maka interestnya,
Interest dari 15k = 4% x 15,000 = 600
Kita guna kes tadi, katakan ASB anda 30k. Dividen anda
7% x 30k =2100
Katakan rumah sewa anda pulak, setiap bulan profit RM200. Jadi setahun RM2400.
Melalui cara ni, keuntungan anda RM2100 + RM2400 – RM600 (Interest) = RM3900 untuk setahun.
Ada banyak pilihan untuk pelaburan ni, emas ke cpo ke forex ke saham ke.. Anda kira dulu.. sebelum decide nak terjebak dengan yang mana..
3. OD-ASB ke Loan ASB?
Ok, anda dah tau macamana pengiraannya, kini anda nak tau mana lagi untung dari dua ni? Dulu saya pernah baca posting forum dari MET, yang mengatakan lagi untung buat loan ASB dari OD-ASB. Jom kita mintak dia buat entri pasal ni.. (ni ala-ala tag blog orang lain la.. tapi ni tag ilmu.. hehe)
4. Membayar Balik
Ok, memandangkan OD ni pun sejenis hutang, wajiblah kita membayar balik. Bukan setakat interest, tapi principle nya sekali ye. Ada dua cara nak bayar:
4.1. Guna dividen
Ingat pengiraan kat point 2.1 di atas?
RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700
Ok dalam ni, RM800 kita dah guna untuk bayar interest. RM2700 lagi kita boleh guna untuk bayar principle sekali. Kalau macam ni.. hutang anda dah dikurangkan menjadi
RM20,000-RM2700 = RM17,300.
Jadi tahun depannya.. interest anda akan dikira 4% dari RM17,300.
Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan membayar hutang lagi cepat. Consnya, anda tak dapat compounding dividen dari ASB, selama mana anda masih berhutang.
4.2. Bayar dari sumber lain
Dari pengiraan di atas, kita tau kita perlukan RM800 untuk servis interest. Jadi kalau kita nak servis principle, kita kena bayar lebih dari tu.Katakan anda bercadang nak settlekan OD tu dalam masa 5 tahun.
Untuk senang kira, kita guna formula senang jelah:
RM20k / 5 tahun = RM4000 setahun
Oleh kerana kita kena servis interest, maka setahun kita kena bayar RM4800 (RM4000+RM800)
Sebulan bayar RM4800 / 12 = RM400.
Ni pengiraan simple, sebenarnya pengiraan dia lagi complex dari ni. Kalau nak detail projection, boleh guna tool EDT OD Tracker yang telah disediakan.
Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan dapat compounding dividen lagi tu. Consnya, anda kena cari source lain utk servis od anda.
Ada beberapa benda lagi yang Kak Fi dan Abang Jumaat utarakan, tapi entri ni dah terlalu panjang. Mungkin hari lain kita boleh cerita lagi.
Diharap dapat membantu.
Bercakap pasal Beg Coach
Salam semua, hari ni ada beberapa benda menarik la jadi.
Masa lunch hour nak melawat kawan yang sakit kat hospital. Tapi bila je baru sebut nama dia kat kaunter, nurse kata kawan ni dah transfer kat hospital di KL. Tanya hospital apa, nurse tu pun tak tau. Hmm.. saya doa-doa kawan saya tu selamat dan cepat sembuh.. takut dengar cerita orang demam 2 minggu tak baik-baik ni..
Masa dalam perjalanan nak pergi, ada la satu nombor yang tak dikenali ni call. Kata nak sewa Cyberia. Aku pun dengan penuh assisting nya cakap la.. dah penuh.. cuba check kat mudah.my.. Pastu orang tu kata.. “Ooh mudah.my ke”.. Aku jawab “Haah”. Sekali dengar lagi “Eii.. ni Tuah laa”.. “Pastu dia kata pass la” Pass la nak jadi telefonis kot.. huhu.. Cheit sungguh-sungguh je aku jawab.. Rupanya Tuah laa.. Kawan aku yang tengah drive kat sebelah gelak2 je bila tau kawan aku menyamar jadi potential tenant..
Lepas tu balik, lunch kat ofis je.. Om pompuan.. biasalah cakap pasal kulit muka la pasal make up la.. pastu cakap pasal handbeg.. Pada sapa-sapa yang tak tau.. Handbag tiruan ni cepat rosak.. Nanti asyikk kena ganti.. Macam aku la tu.. Sekali kawan-kawan aku ni.. wow.. cakap pasal Beg Guess la, Beg Coach la.. Aku cakap pasal Beg Bonia bagus ke? Kawan aku kata “Takk!! Better Beg Coach!!” Aku katalah “Eh, Beg Coach bukan mahal ke? Bukan ribu2 ke”.. Deorang kata “7, 8 ratus pun boleh dapatt!!” Aku dalam hati “Wow!!”
Tapi aku faham kita masing-masing ada keinginan.. Kadang-kadang kita nak gak benda mahal2 ni.. Kadang-kadang cukuplah, takyah selalu. Kalau rasa selalu-selalu sangat nak benda-benda macam tu, pastu asyik ikut je hati tu, baik ambik duit anda bagi kat anak yatim ke orang miskin ke.. takut kalau ikut-ikutkan sangat.. nanti ada penyakit hati pulak.. Bila kita sedeqah ni, bukan setakat bersihkan harta kita, bersihkan hati kita juga. Kalau tak mampu beli pulak, tahan diri itu lebih baik. Kalau kita tak mampu, selalu nya kalau kita nak benda-benda mahal ni.. apa kita buat? Kita saving sampai cukup kan? Tak pun swipe kredit kad.. then bayar minima.. bulan depan bayar lagi.. takpe.. 18% je.. huhu.. (dengar tak ada nada-nada perli.. Ouch!)
Ok, jadi sebelum kita beli benda-benda mahal ni (yang tak perlu tapi mahu), jom kita analisis pilihan yang ada:
Ooh sebelum tu ingat principal ni – “Today’s money is always better than tomorrow’s money”. Jadi apa kita boleh buat?
1. Paling mudah, saving sampai cukup. Lepas tu BANZAI!! – Kalau anda bijak, sementara cukup tu, simpan dalam ASB ke TH ke.. dapatla dividen sket2.. Katalah beg anda tu RM1200.. Anda simpan bulan2 100 sampai cukup setahun. Bulan pertama dapat simpan 100, bulan kedua dapat simpan 100 lagi jadi 200. Jadi bulan pertama dapatlah dividen dari amaun 100 tu, lepas tu bulan kedua dapatla dividen dari amaun 200..sampai bulan ke 12. Tapi bulan ke 13, habis dah terus duit anda tu. Zero, khalas.
2. Hutang pakai credit card, bayar minimum, bulan depan bayar la 18% sampai habis bayar. Jangan lupa tambah hutang lain. – Hehe yang ni sesuai la untuk yang takde cash on hand. Anda dapatlah beg anda, dan dapat pening kepala gak. Tapi takpe, anda kan cukup baik nak bagi bank 18% tu..
3. Kalau ada pilihan, tukar bayaran CC tu ke 12 month 0% interest.. Wow!! – Pun untuk yang takde cash on hand. Yang ni selamat gakla dengan syarat, pastikan ada duit nak bayar hutang tiap2 bulan. Kelebihan dia.. takde interest la.. sama nilai dia dengan beli cash..
4. Yang paling best, combination 1 + 3 - Bukan setakat anda ada 12 bulan semasa menyimpan nak dapat dividen, tapi anda ada tambahan 12 bulan lagi dari tarikh anda membayar.. Banyak sket la dapat dividen..Masa menyimpan, dividen anda dapat still sama dengan point 1, tapi semasa membayar, let’s say, bulan ke 13, dividen anda based dari 1200 – 100 = 1100, bulan ke 14, dividen anda based dari 1100 – 100 = 1000.. sampai la ke bulan 24.. barulah principal anda habis..masa ni baru la tak dapat dividen apa2.. Tapi oklah sebab sebelum tu anda dah untung sket2 (Untung ke ek? Hehe)
Apa-apa pun tengok disiplin dan kemampuan anda jugak.. Kalau anda rasa anda tak suka servis hutang CC bulan-bulan, save je sampai cukup then bayar la terus.. senang tak pening kepala. Benda ni benda simple-simple je, tapi best gak kalau dapat refresh diri.
Petang tu lak, aku dapat call, loan aku dah approve.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Jangan risau, ni hutang baik. Untuk tambah pendapatan.
Tambahan: Siapa itu Tuah? Tuah itu telefonis aka salesman aka manager resort yang berkaki lebar (berkaliber). Beliau menguruskan unit-unit percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson di bawah PMC Resort. PMC Resort juga ada unit di Melaka. Sila lawati http://www.pmcresort.com untuk maklumat lanjut. Untuk cuti sekolah, cepat-cepatlah book, takut stok habis pulak!
Tambahan lagi: Selamat menyambut Maulidur Rasul.. Kami merinduimu ya kekasih Allah..

