Worth Sharing

December 3, 2010 · Posted in Hartanah, Loan · 9 Comments 

Assalmualaikum pembaca semua.. lama dah sy tak menulis..

Banyak dah benda terjadi sepanjang saya tak menulis ni.. the biggest event.. saya dah update status dari Cik ke Puan ;)

Saya pun dah mula trade CPO ;)

Saya baca blog CheDet.co.cc ni.. dan saya rasa bagus utk saya share pendapat dia tentang housing..

Pendapat 1:

1. In the 1980′s and early 1990′s there was a great construction boom in Tokyo. Land was sold at USD 3,000 per sq foot. Everyone was rushing to buy expensive land because the market for apartments and office space seem to be forever. Read more

Pelabur Hartanah macamana anda nak jadi? – Part 2

May 18, 2010 · Posted in Hartanah, Motivasi · 7 Comments 

Assalamualaikum semua dan salam hari Selasa.

Terima kasih pada semua yang bagi komen dalam post sebelum ni, terutamanya brother Joko yang bagi idea baru tentang pelaburan hartanah. Teringin benar ada modal untuk beli tanah, tapi off coz la xdak lagi kan. Doa-doa dimurahkan rezeki agar dapat buat macam brother Joko buat ni satu hari nanti, InsyaAllah.

Kalau sesiapa ada idea lagi boleh la share sama-sama, supaya kita ni sama-sama maju. InsyaAllah.

Dari pengalaman saya yang tak seberapa ni, peluang pelaburan ni tak datang dalam bentuk/pulangan yang sama. Jadi pasal tulah saje saya bangkitkan post yang dulu tu.  Ada yang cashflow (CF) tinggi, dan ada yang capital appreciation (CA) tinggi. Dan bak kata brother Joko lagi, selalunya CF ni tak selari dengan CA. Saya tak dapat sangkal fakta ni. Jarang sangat nak dapat CF tinggi bersama CA tinggi.  Malah ada satu rumah saya CF hanya dalam RM50 saje, tp kalau kirakan CA nye.. amboi.. berbaloi-baloi.. Read more

Pelabur Hartanah macamana anda nak jadi?

May 11, 2010 · Posted in Case Study, Hartanah, Kewangan · 21 Comments 

Salam semua, wow, saya baru balas semua message. Terpeleot gak. Tulah padan muka saya, sape suruh lama tak tengok blog ni gak. Minta maaf pada semua pembaca sebab baru dapat aktif sket.

Ok, saya ada beberapa senario:

1. Pelabur A:

Ada 5 biji rumah

Income bulanan RM1700

Expected total capital appreciation: RM100k

Jenis rumah: Medium cost

2. Pelabur B:

Ada 15 biji rumah

Income bulanan RM1500

Expected total appreciation: RM140k

Jenis rumah: Low to medium cost

3. Pelabur C

Ada 3 biji rumah

Income bulanan RM600

Expected capital appreciation: RM150k

Jenis rumah: Medium to High Cost

Ok  cukup dulu contoh. Dari 3 senario di atas, anda nak jadi pelabur hartanah yang macamana? Dan mengapa? Sila cerita skettt.. Lepas tu kita bincang-bincang.