Kekayaan dan lilitan perut meningkat, kesihatan menurun? – PART 1

May 23, 2010 · Posted in Insurans, Kesihatan, Kewangan, Motivasi, Takaful · 8 Comments 

Salam semua, apa kabar di hari Ahad yang indah ini? Hari ni mari kita bercakap sesuatu yang tak kurang pentingnya – KESIHATAN! Selalunya dalam hal-hal kewangan, kesihatan cuma akan ditekankan bila kita menyentuh bab insurans/takaful nyawa dan medical. Tapi hari ni saya nak menyentuh tentang pengurusan kesihatan dalam kehidupan seharian dan kaitannya dengan kewangan.

Khamis lepas saya berpeluang menghadiri Bengkel Pengurusan Berat Badan, oleh Dr. Sharkawi Jaya dan isterinya. Bestnya pasal bengkel ni, saya dapat pergi percuma je. Tapi banyak benda saya belajar. Seperti biasalah, kalau berat badan ni, perkara yang ditekankan adalah BMI dan lilitan perut. Untuk mencapai kesihatan optimum, BMI untuk orang Asia haruslah kurang dari 23 dan lilitan perut untuk lelaki haruslah kurang dari 35 cm dan perempuan 32 cm. Nak menguruskan berat badan ni, kalori yang keluar, haruslah lebih dari apa yang masuk, tapi haruslah dibuat secara berperingkat-peringkat dan bukannya mendadak untuk penurunan berat badan yang sihat. Pilihan makanan haruslah dibuat secara tepat, dan bukannya membuang terus satu-satu jenis kumpulan makanan, contohnya karbohidrat. Contoh la, ada orang tak makan nasi langsung kan, tapi lawaknya makan pulak makan bergoreng kan, padahal benda bergoreng tu lagi banyak kalori. Lepas tu, pentingnya bersenam – dan dalam bengkel ni, dia ada sebut pasal senaman kardio – macam berlari, berenang, dan juga weight/resistance training – macam angkat berat, machine tu. Tapi dia tak mention pulak untuk balance macam pilates atau yoga.. lupa kot. Apa-apa pun banyak giler benda belajar dan aku rasa tak rugi aku peruntukkan masa sehari untuk pergi bengkel tu.

Ok, cukup serba sedikit sinopsis pasal bengkel tu.  Mari kita sambung pasal pengurusan kesihatan pulak. Fikirkan macam ni lahh - korang duit banyak - TETAPI makanan yang korang makan tu tak beri kebaikan pada badan korang, tidur pun susah nak nyenyak, lepas tu tak dapat main kejar-kejar dengan anak. Badan lenguh-lenguh, kolesterol, blood pressure, gula dalam darah tinggi. Lagi-lagi, korang duit banyak, kaya, tapi perut boroi (oops!). Jangan marah.. aku bagi contoh je.. jadi teruskan membaca. Read more